Hargai Masa

Saturday, August 14, 2010

cuci the musicals

salam kemesraan selesai juga cuci the musicals 2, AWESOME!!!! banyak perkara yang aku belajar bersama productions ni..anyway korang memang best main cast pon tak kurang hebatnya yang sentiasa membuatkan aku ketawa 24jam tanpa henti. especially nabil ko memang lawak lah. bila nak mula je pementasan rasa tak sabar aku nak beraksi dipentas istana budaya untuk kali keberapa entah.koreografi hasil sentuhan pat ibrahim memang meletop. puas rasanya bekerja dengan dia. cuci the musicals memang hebat tanpak bergaya diatas pentas. tq pada kawan2 ezrey yg sudi datang support to our local product. bila berakhirnya permentasan dah mula rasa sebak lah sedih ler..mcm2 ade..ntah bila akan berjumpa lagi. walaupun telah ditawarkan untuk pementasan seterusnya. heheheh...masih laku di pasaran yer..

sedihnyaaa terlalu banyak untuk dikongsikan...i luv u all semua...

Sunday, June 6, 2010

sebuah lagi catatan



sudah lama agaknya aku tidak menulis untuk sahabat dan juga insan diluar sana..salam muafakat dari saya untuk kalianyang menjadi pendorong agar hidup ini bisa lagi diteruskan. amboi bermadah sahaja yer. heheheh...mungkin selesa menulis cara begini aku rase lah kot..mcm poyo je bunyinye..oklah mari lebih santai bila bermadah.

last weeks aku ke actorstudio ditemani sahabat baik aku yang sudi meluangkan masa untuk berkongsi minat menyaksikan teater musical adam. ternyata teater ini banyak imputnya. nyanyian dan lakonan sungguh berkesan. thanks to all cast n musician sebab beri kami persembahan yang bertenaga.

April May June n july adalah minggu yang sgt busy.. alhamdullilah penat lelah berbaloi rezeki keluarga aku yang selalu mendoakan kejayaan aku selama ini.

thanks juga buat ezrey friends sebab menyokong karier ezrey selama ini. insyaalah satu hari nanti anda juga akan menrima segalanya dari yang maha esa amin....

End of July...hmm

Wednesday, May 19, 2010

Tangisi sebuah Kejayaan

Aku masih merindui sebuah kejayaan dari mana lahirnya sebuah kejayaan itu..masih mencari siapa empunya kejayaan itu. kata manis untuk mengejar sebuah mimpi, hanya tangisi mengiringi sbuah kedukaan. Apakah kejayaan itu telah jauh meningali aku. masih terkejar jatuh tak terbangun, tersadung ditepis mimpi-mimpi semalam. doakan ku untuk sebuah kejayaan masih berlegar, harapan sebuah kejayaan masih tercari sinarnya. apakah kejayaan itu seindah pelangi sebaris langit atau sekadar tempias dipersisir pantai. antara angan dan jua kesabaran itulah pengungkap sebuah kejayaan. fikiran masih terburu untuk sebuah kejayaan mengharap datangnya angin membawa sayu pada sang pencipta. ingin jadikan mimpi semalam satu realiti ingin jadikan sinaran itu penghias jiwa..
coretan hati kembali menghiasi ruang yang kosong antara cinta dan sebuah kejayaan. kini aku masih dahagakan sebuah kejayaan, yang tulus datangnya dari hati sebuah insan. tidak terungkai dengan kata untuk dimadahkan hanya hati sebagai peneman sebuah kejayaan.

Wednesday, April 21, 2010

Fenomena kehidupan

tempias sehati berdansa belum habis dipandang oleh masyarakat luar..tempias nya kini dah mula terasa bahangnya pasangan dira dan ash disahkan bercerai aku turut merasa simpati apa yang berlaku diantara mereka berdua aku cukup memahami karakter kedua2 pihak.dan aku sudah cukup masak dengan hal peribadi mereka walaupun pernah diceritakan pada aku apa yang berlaku sebagai menjaga nama baik mereka yang bergelar selebriti, aku perlu menjaga air muka mereka berdua apa yang boleh aku katakan mereka perlu diberi masa untuk terus menghirup udara yang dan mencari ketenangan mendamaikan keadaan. walau ditanya apa punca penceraian mereka aku tiada hak untuk disoal sebegitu. itu kepetusan mereka siapalah aku untuk campur tangan. aku mengharap ada sinar di mana mereka disatukan kembali. puteri kecil yang ingin kan kasih sayang seorg berapa sudah lenyap jauh ditinggalkan. aku sentiasa berdoa agar mereka disatukan kembali. Mengenali dira dan ash adalah satu fenomena baru untuk aku. kerenah mereka boleh buat aku ketawa dan rindu saat bersama. walaupun apa yang berlaku sudh ketentuannya aku pasrah akan keputusan yang mereka lakukan. aku bangga dengan sikap ASh yang sentiasa berani menerima pelbagai tohmahan. dira dan ash aku sentiasaka mendoakan perjalanan hidup kalian....

Tuesday, April 20, 2010

Singapore Dance Theatre

Karya berjudul : Piano Concerto No.2, opus 102

Koreografer : Edmund Stripe

Penari : Singapore Dance Theatre

Penulis artikel : Ezrey

Melangkah Masuk kedalam pentas 1 membuatkan jiwa semakin terpanggil untuk duduk dibarisan hadapan bagi menyaksikan persembahan daripada Singapore Dance Theatre. Berbagai persoalan bermain diminda apakah ia sehebat disangka ataupun hanya bahan hiburan untuk tatapan mata yang memandang. Pembuka tirai persembahan pada malam tersebut dimulakan dengan hasil karya yang berjudul Piano Concerto No.2, opus 102 hasil ciptaan Edmund Stripe persembahan tersebut dibahagikan kepada 3 seksyen yang berbeza strukturnya. Tirai hitam terbuka mata tertumpu pada penari yang hanya memakai kostum yang boleh dikatakan kurang menarik perhatian saya sebagai penonton pada malam tersebut, dengan hanya memakai serba hitam yang ketat tidak mampu meletakkan penari ditahap yang sepatutnya. Dengan memakai pakaian ketat boleh menampakkan keburukkan dari segi fizikal penari tersebut walaupun penari perempuan mempunyai bentuk badan yang menarik , apakah sebaliknya koreografer cuba membuat satu pembaharuan didalam karya beliau ia masih menjadi persoalan bagi saya. Didalam konteks lain saya boleh mengatakan ia Cuma pakaian harian penari didalam studio.

Dengan hanya membariskan 7 penari wanita dan 9 penari lelaki karya tersebut cukup gah dipandang dari aspek pentas yang bersaiz sederhana. Disini saya boleh mengatakan penari lelaki mempunyai kekuatan didalam setiap langkah yang diatur cukup kemas dan berkesan. Koreografer bijak setiap kali menggunakan tenaga penari. Kekuatan yang diberi mampu memukau. Pelbagai aspek negative mampu dilihat setiap kali penari keluar dengan rentak yang berbeza, didalam keseragaman gerak ia boleh dipuji penari mempunyai latihan yang cukup bersama koreografer beliau tetapi didalam segi muzik yang dialunkan apakah ia sebegitu rupa , ini kerana penari dan muzik tidak seiring pada barisan lagu yang mempunyai tempo yang laju, penari seolah berada di hadapan muzik, penari tidak menghiraukan tempo pada lagu tersebut, terkadang penari Off Bit ketika menari, sebagai penonton yang menyaksikannya ia agak mengecewakan, kerana setiap minit yang terlihat ia pasti melakukan kesilapan yang sama. Didalam aspek penataan cahaya pula, sudah keterbiasaan melihat penggunaan warna biru diatas pentas tiada aspek special lighting digunakan didalam persembahan tersebut, bagi pendapat saya ia lebih simple dan teratur diatas pentas. Didalam persembahan karya yang pertama ini tiada semiotic yang boleh dikaitkan ataupun di kenal pasti sepanjang persembahan, apa yang boleh saya nyatakan disini sewaktu persembahan saya dapat melihat keseragaman didalam memberi penghayatan seperti senyuman mahupun ekspresion wajah terlalu ketara dan jelas kelihatan dimana penari tidak mengambil aspek utama didalam persembahan, ini kerana ia menampakkan karya tersebut diletakkan terlalu remeh dengan adanya penari yang melebarkan senyuman dan ada juga yang hanya menampakkan wajah seperti dipaksa, apakah ia sebegitu rupa atau ia memang dirancang? Pendapat saya ia sungguh mengganggu pandangan saya sebagai penonton.

Walau bagaimanapun , pujian harus diberi kepada Singapore dance Theatre kerana menghasilkan penari yang sungguh berwibawa dan penuh dengan kekuatan sebagai seorang penari, mereka mempunyai teknik yang bagus , kekuatan lompatan yang stabil, setiap kali mereka melakukan gerakkan ia sungguh bersih dan kemas. Walaupun ada sesetengah gerakkan terlalu kelam kabut, bagi saya dengan adanya penari yang bagus seperti itu kecacatan didalam persembahan dapat dikawal semula. Sebagaimana yang diketahui persembahan pertama ini telah dibahagikan kepada 3 section didalam karya yang sama.

Apabila melihat section yang kedua hati semakin tidak sabar untuk melihat apa yang berlaku seterusnya. Selepas tirai dibuka mata terus tertumpu kepada 2 penari yang melakukan duet, ia bagai memukau mata saya untuk memandang, setiap inci dan ruang dapat dipenuhi dengan begitu teratur.

Kali ini saya dapat melihat begitu romantiknya duet yang dilakukan, dari aspek emosi yang diluahkan yang begitu berkesan bagi saya pengaliran dalam setiap ruang jelas menampakkkan sebuah penceritaan didalam persembahan tersebut. Tiada gangguan bunyi sewaktu persembahan, penari dapat melakukan dengan kemas dan teratur. Tambahan pula diiringi dengan muzik piano yang begitu mengaksikkan penari dapat memainkan peranan dengan kegagahan bagaikan seorang raja dan puteri. Walaupun costume serba hitam tersebut masih dikekalkan ia sama sekali tidak mengganggu pandangan mata yang tertumpu pada 2 penari yang sungguh rancak bergerak berbanding dengan persembahan pembukaan tadi, ia memberi saya satu impak mahupun satu persepsi yang berlainan. Berlainan dengan apa yang dibawa didalam seksyen kedua dan ketiga. Keupayaan penari solo Singapore Dance Theatre mempunyai keupayaan lompatan yang tinggi dan stabil penggunaan kekuatan tenaga yang diluahkan begitu sampai kepada penonton, didalam karya tersebut juga mempunyai dinamik lagu yang berbeza, setiap inci gerak yang dilakukan begitu bersesuaian dengan lagu yang dihasilkan. Sebagaimana yang diketahui saya tidak meletakkan persembahan malam tadi sebagai persembahan yang bagus dan terbaik, terlalu banyak aspek yang luar dari jangkaan saya. Melihat dari sudut teknik sememangnya tidak dinafikan ia mempunyai kredibiliti yang bagus, tetapi dari aspek luaran ia tidak cukup untuk diangkat sebagai persembahan yang terbaik. Melihat dari sebuah kacamata yang berbeza persembahan ballet ini harus mempunyai satu eksplorasi yang lebih.pada malam tersebut saya tidak dapat melihatnya, seperti yang saya tonton persembahan ballet yang lain ia sama tiada perbezaan.

Sunday, April 11, 2010

sebuah pandangan

melihat dari hati mentafsir dari akal fikiran..itulah pandangan yang boleh disimpulkan. apabila melihat kita dapat mentafsir dari apa yang terlintas. dari sebuah kata kita dapat merenung dari apa yang dikata. perjalanan sungguh singkat. mengejar sebuah harapan menolak sebuah tanggapan memang sukar dilakukan, tapi itu yang seharusnya berlaku, mungkin aku terperangkap dengan ciptaan sebuah maya yang kurangka sendiri..bagaimana untuk diperkatakan dari mana ingin dimulakan pelbagai persoalan berlegar diminda mencari kepastian sebuah pandangan yang telus dan mulus.....

Wednesday, February 10, 2010

Lenggok Jemari


mencoret sebuah madah bagai persis sebuah hati yang sedang berbunga..kata hati cuba mencoret sebuah kata dan ungkapan. menjadi teman kata pembaca yg tegar merungkai segala tomahan.aku masih lagi bernafas pantas berlari mengejar sebuah harapan dan fantasi. tidak sanggup hidup seperti bangkai kata dia. usah dipandang manusia yang kerdil itu seperti kau memandang semut yang bisa kau pijak. apakah masih ada ruang untuk aku memeluk kedua belah tangan. tatkala kaki melangkah berteman airmata yang bisa buat aku kembali hidup seperti dahulu. kini hanya jemari tangkas bagaikan senjata

Tuesday, February 2, 2010

Friday, January 29, 2010

sang pemimpi


Sang pemimpi adalah novel kedua dari hasil karya Andrea Hirata. Bercerita tentang perjuangan meraih mimpi, persahabatan dan cinta. Ikal, Arai dan Jimbron saat memasuki alam remaja. Seperti biasa, komedi akan menjadi senjata Andrea untuk mempermainkan emosi pembaca. Penuh kejutan, bahkan setiap perenggan Dari setiap perenggan itu juga tersebut boleh membuatkan kita dibuai dnegan sebuah mimpi Tidak bermaksud melebih-lebihkan atau merumuskan itulaah mimpi, saat kita merasa sebuah pengalaman cerita hanyalah pelengkap agar ia lebih berkesan di mata pembaca

Tapi ternyata di setiap halaman lain kita menemukan rangakaian penyatunya. Mengumpulkan keping mozek, begitulah bahasa si penulis dalam menganalisanya. Dari segi ideologinya, memang jargon yang kita temui di muka buku. Sebuah novel pembangkit jiwa. Mimpi aku dengan mimpi Katakanlah panduan menjadi kaya misalnya. Tapi kedalaman maksud dari kata tersebut akan kita temukan di sepanjang cerita, dari awal sampai akhir. Ikal, seorang yang tidak terlalu menonjol. Mengalami pemikiran umum seorang remaja, sebelum benar-benar menjadi dewasa. Arai, seorang yatim piatu yang harus memainkan peran sebagai pelindung. Tidak pernah berhenti membuat kejutan. Jimbron si peminat kuda. Bercita-cita mendedikasikan hidup untuk kuda, hanya pada kuda!!!
Di buku ini jugalah, akhirnya para tokoh utama (arai dan ikal), akhirnya meninggalkan kota tercinta-Belitong untuk menuju tanah Jawa. Meretas sebuah mimpi, membuka peluang untuk mewujudkan satu-persatu khayalan mereka….

dari indonesia berhijrah nak menakluki benua setiap pelosok...Mimpi seorang remaja...