Hargai Masa

Saturday, June 27, 2009

Kuteruskan

melewati hari yang kian mendatang sayang dan cinta kian utuh dihati walau mata tidak bertemu mata namun hati ini tetap disatukan dalam sebuah jiwa yang kian sebati. salam buat semua minggu ni aku agak sibuk dengan rehearsal dan everything agak lewat untuk update blog waktu ini. semalam meraikan beday party member kepada member happening dan enjoy biaselah tempat yang paling mudah bila kiter nak celebratekan heheheh aope lagi kalau bukan di redbox...menyanyi sakan nampaknya.

Wednesday, June 24, 2009

Cinta Beralih Arah

cinta datang tanpa diundang..begitulah bait rangkap dalam lagu yang dicipta begitu indah didengar. setiap yang hadir pasti akan kembali bila tiba dan saatnya..bukan meminta tapi diminta harus jadi begitu..malam ni aku beremosi seketika kerana tidor yang awal membuatkan mata aku kembali terbuka untuk bicara satu persatu realiti atau kau fantasi.

"madah yang diungkap terdengar sayu di telinga
benar atau tidak yg pastinya ini takdirnya
cinta yang kuagungkan dahulunya kini sudah layu mati tidak bernesan
manis ungkapan bibir bukan realiti cuma sekadar mainan yang dicipta.
biar sejarah tetap sejarah yang dulu tetap dulu yang berlalu tetap berlalu"

melihat cinta yang baru mekar seharum bunga aku kembali bernafas seperti dulunya.terima kasih kerana percaya pada kejujuran dan keikhlasan sebuah hati yg tulus. sanggup berkorban demi sebuah kasih sayang. air mata yang berguguran membuatkan hati ini percaya dan terus mempercayai keikhlasan dari titisan yang menitis satu persatu. aku tidak menyangka kau sanggup menangis kerana cinta yang aku lemparkan untuk membina sebuah kehidupan.

Monday, June 22, 2009

Pantai Yang indah



lama jugak aku tak menulis dan mengarang disini..seharian aku cuba untuk uploadkan segalanya biaselah bila berada diluar kuala lumpur segalanya jadi sukar untuk aku. pengalaman berada ditempat org sebenarnya memang seronok melihat tingkah laku setiap manusia yg berada disekeliling kita..jam 5 petang suasana panas di pantai berserah membuatkan mata aku mengantuk hehehe sambil duduk bertemankan laptop dan sebuah camera digital aku cuba megakplikasikan untuk hiburan hati sendiri. air laut yg semakn surut kerana cahaya matahari yg terlalu panas mungkin ia ker..atau aku yg buat teori aku sendiri.hahahahah..its ok..suasana pantai walaupun panas terik tetap dihujani dengan pelbagai ragam manusia. seronok aku melihat sepasang kekasih yg aku kira umur mereka 70thn rasanya..begitu mesra seolah ini zaman mereka..wow romantiknya sambil membeli ice cream bahagia aku lihat mereka..kemesraan jelas kelihataan sepasang kekasih yg mungkin sudah pon bergelar atuk..heheheh hari semakin lewat manusia semakin ramai..mungkin agaknya ini aktiviti penduduk disini ia..berlari lari ditepi pantai dan aku pula sibuk berjalan di atas pasir yg kering sambil camera disisi tak pernah kulepaskan...aku ditemankan insan tersayang yg sering memberi aku inspirasi untuk terus berjuang dalam liku2 hidup.

Keesokkan harinya aku diajak untuk melihat ciptaan allah yg sungguh cantik dan indah..meredah hutan jalan yg tidak berturap membuatkan hati aku sengsara seketika habuk dan bau yg kurang menyenangkan aku.sampai ditempat destinasi terkejut melihat air yg turun dari atas bertingkat tingkat wow memang tak penah aku dapat di Kl tapi di ulu langat ade lah..tapi taklah secantik ini..wow terima kasih insan yg tersayang sudi bawa aku sampai kesini. tak sia2 sia heheheheh...
cantik sungguh bila aku lihat dari jauh. ciptaan allah s.w.t sungguh cantik dan indah..bermandi sakan lah aku.yg bestnya air sungai tu tak dalam..klu dalam tak mandilah aku sebab aku ni tak pandai berenang..nak tunjuk hebat aku pon ikut mereka memanjat batu batu yg licin..nampak sgt gaya aku memang tak pandai. org berjalan aku merangkak.ialah takut jatuh....jatuh kang susah aku.pengalaman seharian berada di dalam hutan bermandi manda memang menyeronokkan aku.hilang seketika masalah dan tension. keindahaan memang membuat hati aku sentiasa tenang..bila lah agaknya aku akan dtg lagi ketempat sebegini.

Thursday, June 18, 2009

Syukur Alhamdulillah


(ClassMates)

Semalam aku terima panggilan dari production yang mengatakan aku dipilih untuk musical tun Abdul Razak alhamdullilah rezeki...isnin aku akan start bengkel tapi sedihnya bengkel tu dah start lebih awal aku tak dapat nak join cos sebuk ngan urusan lain..anyway rezeki is rezeki alhamdullilah. now time to bekerja keras untuk masa depan. aku akan pastikan segalanya berjalan lancar..terlalu bnyak masa yg aku dah korbankan..hahahahahah......

Wednesday, June 17, 2009

Dipersimpangan Itu

Buntu Dan terus buntu dengan kehidupan seperti ini aku masih lagi dipersimpangan yang aku sendiri tidak tahu kemana arah sebenar...dimana sebenarnya alur yang patut aku jelajahi...antara itu dan ini..dimata aku kau tetap hebat yang pernah membuatkan aku sendiri bahagia..adakah cukup sekadar disini..keraguaan ini masih terus menghantui dan kini ia masih lagi dipersimpangan itu..terduduk dan terpaku mencari arah..kata benci dan sayang masih berlegar..sakit mencintaimu sakitlagi bila dicintai..kepalsuan masih lagi erat dalam genggaman..waktu kau melihat terpaku kaku terus membeku..bertemankan sebuah tangisan mungkin membuatkan hati ni tenang setenangnya. jagan salahkan aku kerana memilih ini sebagai keputusan. tapi aku tidak berdaya menahan serta menipu dan terus menipu. setiap yang berlaku pasti ada kehendaknya..apakah keputusan ini membuatkan aku masih lagi dipersimpangan itu..masih lagi mengharap sinar baru aku menyuluh..dipersimpangan itu aku akan terus menunggu..persinpangan itu juga kau dan aku dipertemukan... dipersimpangan itu jugalah saksi cinta sebenar. dipersimpangan itu pasti ada cinta dan kasih..

Monday, June 15, 2009

Aku ke ni...aduh!!!!!




KEYBOARD VS KIBOD

tidak perlu menjatuhkan org dengan cara yg bodoh..
be profesional...gunakan otak untuk berfikir secara terbuka..
ini tidak dalam senyap kebaikan orang lain ko jadikan kunci untuk
menutup kebodohan ko sendiri..

asam garam dalam kehidupan manusia tidak boleh melihat orang lain maju sikap irihati tu pasti ada..erghhhh ..
kalau kau ingin jadi yang terbaik..kuncinya adalah usaha dah ketekunan bukan usaha menikam dari belakang...hentikanlah sikap buruk itu..
lambat laun kau akan terkena dengan apa yg kau lakukan..
aku benci melihat manusia seperti ini...cakap berkorbar-kobar...seolah-olah
kau yang terbaik dari yg terbaik hasilnya hampeh...

jika tidak kata tidak padahal jawapannya tidak..

be profesional...always think positif..jangan anggap semua org negatif jer.

Sunday, June 14, 2009

bersederhanaan

nani & adiex

kembali mencoret dan menconteng layar putih ini.. apa lagi yang boleh dikatakan...
semalam pergi menonton satu filem karya ahmad idham..
whahahahahahahahahah...kakakakakak..hahahahahahahah..hhihihhih ade part yg
menarik dan ade part yang ( hmmm ok) itu je...sebelum tu aku gi laman santai....support

nani and AKASIA.. ok not bad..apa yg boleh kukatakan...bukan bidang aku.. aku teruja
jugak tgk rakyat malaysia yg support local artis walaupun ( yang ado) semalam aku
makan soto and nasi lemak.._wei banyaknye aku makan... tapi si yunus lagi banyak dia
makan...SATAY DAN NASI LEMAK...(mcm tu jgak badan dia) dtg lah sorg minah ni kemeja
kami walauweihhhhhh cantiknya dia....sekali pandang mcm ct dua kali pandang pecah
loban..(pondan rupanya)... hahahahahahah.....AKASIA u all still KAMPUNG girl...but tetap
entertain pengunjung... happy and happy....apa yg boleh digambarkan...penang warna
warni...hahahahah


Friday, June 12, 2009

Faizal Tahir - Bercinta-




Benarkan ku ‘tuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu