Hargai Masa

Monday, December 28, 2009

Kemuncak disitu...

Tahniah tahniah....Sein dan nana serta Bayu..aku menumpang kegembiraan disaat Fahrin dan schya umumkan keputusan...melonjak tak terkata...apa yg boleh dikatakan lagi korang sememangnya layak untuk memegang takhta juara tu..sazzy dan nash peningkatan setiap minggu serta energy yang diberikan pada setiap kali konsert memang mengkagumkan aku. bukan rezeki mereka pada malam kemuncak. apa pun sazzy dan nash telah lakukan yang terbaik dan aku tau mereka bekerja keras demi kebajikan mereka.

berakhirlah sehati berdansa 3 kali ni..aku pon berehat seketika dan jumpa tahun hadapan hati. aku habiskan 2009 bersama keluarga sehati berdansa yang happening..wowwwwwwwwwwww...

Tuesday, December 22, 2009

Terhenti Disini



langkah tari aku bersama dira dan ash terhenti disaat kaki ingin melangkah ke kemuncak, bukan rezeki namanya tue..walaupun kami dah berusaha sedaya upaya..nasib tidak menyebelahi kami bertiga. minggu broadway adalah saat terakhir kami bersama keluarga sehati berdansa. walaupun tersingkir di minggu ke 8 aku ezrey tetap happy kerana telah memeberikan yang terbaik bak kata ASH kami keluar bermaruah. walaupun rata2 mereka kecewa dnegan tersingkirnya dira dan ash. ape boleh buat undi tidak menyebelahi kami.

dira dan ash adalah keluarga baru ezrey..happy bekerja dengan dua org yang bagi aku gile sememangnya. beb lu org memang cayadowh....setiap minggu aku melihat peningkatan mereka. aku puas melihaat dira dan ash beraksi dilantai tari selama 8 minggu..biarlah ape mereka nak kata. yang penting kita happy. terima kasih banyak2 pada sesiapa yang sentiasa menyokong kami selama ini dan sentiasa menjadi tulang belakang ezrey sentiasa memberi kata semangat. wow best...tqqqqqq EZREY FC DAN DIRASH SUPPORTERS..

cayadowh!!!

Wednesday, December 9, 2009

Back To Back

Assalamualaikum..aku kembali mencoret lagi..hampir dua bulan aku berhempas pulas untuk laksanakan tugas dan tanggungjawab.terima kasih pada semua yang sentiasa menjadi tulang belakang pada manusia yang baru melangkah..bak kata org takkenal maka tak cinta...Yer ke tidakkkkkk...hehehe minggu demi minggu kami berrtiga mengharungi lantai tari masih lagi bergegar untuk kami. ni dah masuk minggu ke 8. masih menuggu dan terus menunggu apakah kesudahannya berakhir disinie.tapi aku maish belum giv up untuk memberikan sesuatu yg menarik dan terbaik untuk kalian.

dihati aku ini adalah untuk membantu persatuan Thalesemia itu sahaja..selain menjadikan ia sebagai platform untuk aku terus berkarya..alhamdullilah last 2 weeks karya aku mendapat pujian.thanks to my Dancer dira dan ASH..minggu ke 8 adalah minggu yang mencabar.BROADWAY...wHat!!!!! tapi aku perlu letakkan keyakinan pada mereka dan juga pada hati aku sendiri. dan aku yakin minggu ni mereka akan lakukan yang terbaik.

Tari adalah Jiwa aku..
tari juga adalah sebahagian hidup aku...

Ezrey...

Thursday, November 19, 2009

Lantai tari Sehati


( copy from :http://blogdira.blogspot.com/ )


Post at 20-11-2009 02:22 | This Author's Posts Only
ezrey!! suka sgt ngan DiraAsh tadi.. this week ada peningkatan.. dpt marks tggi from juri.. WELL DONE !!!



Post at 20-11-2009 02:00 | This Author's Posts Only
ezrey!! well done!! ai suke ai suke ai suke!!!

mmg best n superb DIRASH

hi ezrey
tahniah...finally dira n ash dpt mrkh yg tinggi dr juri
at least klo dorg terkeluar this week, kluar bermaruah. wahh gitu
tp nk laaaa dorg bertahan lama lg

(komen yag diambil dari forum sehati berdansa 3)


terima kasih tak terhingga kepada mereka yang tak jemu menyokong kami. terharu dengan komen positif anda. ezrey hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari kesilapan..kerana kesilapan lalu sentiasa mengajar kita supaya tidak leka..alhamdullilah minggu ni membuatkan saya mampu tersenyum Tq Dirash wok hard korang berhasil. duhati kami hanyalah ingin membantu persatuan Thalesemia mereka perlukan sokongan untuk terus hidup sebgai manusia normal. sedih apbila melihat kanak2 yang baru boleh bercakap dan kenal erti kehidupan sudah terlantar dihospital kerana mengidap Penyakit Thalesemia. aku sudah pun terbayang anak2 kecil menagis sewaktu jarum menusuk ketubuh mereka..aduhhhh....

itulah yang membuatkan kami bertiga masih kuat untuk teruskan perjuangan dilantai tari.walaupun kutukan demi kutukan yang kami terima dihati cuma berserah..dan akan berdoa agar ia berjalan dengan sempurna

Alhamdullilah....

Monday, November 16, 2009

Berserah

"lori" - 16-Nov-2009
ntah apa2 la kareografer c dira tu, mcm sampah je! kesian dira, pandai menari tp dpt kareografer yg siput! ples la ASTRO, buat le ssuatu...x adil langsung

"nett123" - 16-Nov-2009
Koreografi Ezrey x layak menang..kesian Dira dpt koreografer cam Ezrey ni...hehe..dorg x berape menyerlah sbb koreografi yg same every week..

"nett123" - 16-Nov-2009
Dira slalou pat markah rendah dr juri sbb tarian x ok...x seswai...dorg pandai menari,tp style dance same je stp minggu..org pon bosan...koreografi yg xmenarik...kesian dorg ni

(Petikan diatas diambil dari http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=5053&c=25&s=124)

inilah yang dinamakan suratan atau kebetulan...aku tidak menyalahkan sesiapa dalaam hal sebegini.aku hanya melakukan tugasan yang diberi dan aku hanya mampu curahkan seberapa ilmu yang aku mampu beri..alhamdulilah hakikatnya aku tidak menyangka buluh yang dahulunya tegak berdiri kini mampu dilenturkan hasil usaha yang aku beri. kesungguhan aku membahagi masa antara pelajaran dan juga bersama sehati berdansa sudah pun aku lakukan dengan sempurna.

apakah yang dimaksudkan dengan kata2 sebegini..aku hanya mampu tersenyum bila melihat ianya berlaku. orang menilai dari aspek komersial dan aku melihat dari aspek seni. aku percaya pada hasil kerja yang aku lakukan.

terima kasih banyak2 kerana komen sebegini aku yakin dan pasti manusia prihatin dengan wujudnya diri aku sebagai EZREY di industri seni tari. aku menganggap ia nya positif dari aspek membina keyakinan aku sendiri..

kepada anda yang banyak menulis tentang diri aku..terima kasih..teruskan usaha anda menulis tentang diri aku. dengan wujudnya penulisan kreatif anda ia salah satu platform untuk aku meneruskan hasil karya yang lebih bermutu..

Ezrey.

Thursday, October 29, 2009

Mari Berdansa

(Ezrey , Dira dan Ash)


agaknya sudah lama aku tidak mencoretkan sesuatu untuk hiburan hati sendiri. mungkin kerana terlalu busy dengan kelas dan juga komitment aku dengan sehati berdansa. perjuangan aku masih diteruskan dengan minggu kedua ala2 disco. 3 hari aku mencari idea untuk menyiapkan koreografi alhamdullilah ketabahan dan juga semangat yang ada aku dan juga artis gigihkan juga demi kebajikan. banyak kata2 semangat aku lepaskan kat mereka so far apa kata aku itulah kata mereka. aku bangga dengan semangat suami isteri yg mereka tunjukkan. biasalah setiap pertandingan pasti ada yg kalah dan menang..kalau bagus pasti ada ganjaran.dan kalau jujur insyaalah kemenangan berpihak pada mereka. Dira dan ash bagi aku mereka punya satu sifat yang ingin belajar sesuatu yg baru. dan aku berjanji akan membuat yang terbaik demi mereka. aku puji sikap ash yang bersungguh dira aku suka komitment dia diatas pentas yang sentiasa allout. minggu kedua ni aku yaki9n dengan pembawakkan ash dan dira diatas pentas. kemampuan dan kesungguhan mereka sangat berbaloi. kami masih diawal persembahan banyak lagi yang perlu dilalui..

Tuesday, August 11, 2009

Hati Yang Kau sakiti


jangan pernah katakan bahwa
cintamu hanya untukku
karna kini kau telah membaginya

maafkan bila memang kini
harus kutinggalkan dirimu
karna hatiku selalu kau lukai

tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
ku hanya bisa mengatakan apa yang ku rasa

ku menangis membayangkan
betapa kejamnya dirimu atas diriku
kau duakan cinta ini
kau pergi bersamanya

ku menangis melepaskan
kepergian dirimu dari sisi hidupku
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

ku menangis
harus slalu kau tahu
aku lah hati yang telah kau sakiti

Saturday, June 27, 2009

Kuteruskan

melewati hari yang kian mendatang sayang dan cinta kian utuh dihati walau mata tidak bertemu mata namun hati ini tetap disatukan dalam sebuah jiwa yang kian sebati. salam buat semua minggu ni aku agak sibuk dengan rehearsal dan everything agak lewat untuk update blog waktu ini. semalam meraikan beday party member kepada member happening dan enjoy biaselah tempat yang paling mudah bila kiter nak celebratekan heheheh aope lagi kalau bukan di redbox...menyanyi sakan nampaknya.

Wednesday, June 24, 2009

Cinta Beralih Arah

cinta datang tanpa diundang..begitulah bait rangkap dalam lagu yang dicipta begitu indah didengar. setiap yang hadir pasti akan kembali bila tiba dan saatnya..bukan meminta tapi diminta harus jadi begitu..malam ni aku beremosi seketika kerana tidor yang awal membuatkan mata aku kembali terbuka untuk bicara satu persatu realiti atau kau fantasi.

"madah yang diungkap terdengar sayu di telinga
benar atau tidak yg pastinya ini takdirnya
cinta yang kuagungkan dahulunya kini sudah layu mati tidak bernesan
manis ungkapan bibir bukan realiti cuma sekadar mainan yang dicipta.
biar sejarah tetap sejarah yang dulu tetap dulu yang berlalu tetap berlalu"

melihat cinta yang baru mekar seharum bunga aku kembali bernafas seperti dulunya.terima kasih kerana percaya pada kejujuran dan keikhlasan sebuah hati yg tulus. sanggup berkorban demi sebuah kasih sayang. air mata yang berguguran membuatkan hati ini percaya dan terus mempercayai keikhlasan dari titisan yang menitis satu persatu. aku tidak menyangka kau sanggup menangis kerana cinta yang aku lemparkan untuk membina sebuah kehidupan.

Monday, June 22, 2009

Pantai Yang indah



lama jugak aku tak menulis dan mengarang disini..seharian aku cuba untuk uploadkan segalanya biaselah bila berada diluar kuala lumpur segalanya jadi sukar untuk aku. pengalaman berada ditempat org sebenarnya memang seronok melihat tingkah laku setiap manusia yg berada disekeliling kita..jam 5 petang suasana panas di pantai berserah membuatkan mata aku mengantuk hehehe sambil duduk bertemankan laptop dan sebuah camera digital aku cuba megakplikasikan untuk hiburan hati sendiri. air laut yg semakn surut kerana cahaya matahari yg terlalu panas mungkin ia ker..atau aku yg buat teori aku sendiri.hahahahah..its ok..suasana pantai walaupun panas terik tetap dihujani dengan pelbagai ragam manusia. seronok aku melihat sepasang kekasih yg aku kira umur mereka 70thn rasanya..begitu mesra seolah ini zaman mereka..wow romantiknya sambil membeli ice cream bahagia aku lihat mereka..kemesraan jelas kelihataan sepasang kekasih yg mungkin sudah pon bergelar atuk..heheheh hari semakin lewat manusia semakin ramai..mungkin agaknya ini aktiviti penduduk disini ia..berlari lari ditepi pantai dan aku pula sibuk berjalan di atas pasir yg kering sambil camera disisi tak pernah kulepaskan...aku ditemankan insan tersayang yg sering memberi aku inspirasi untuk terus berjuang dalam liku2 hidup.

Keesokkan harinya aku diajak untuk melihat ciptaan allah yg sungguh cantik dan indah..meredah hutan jalan yg tidak berturap membuatkan hati aku sengsara seketika habuk dan bau yg kurang menyenangkan aku.sampai ditempat destinasi terkejut melihat air yg turun dari atas bertingkat tingkat wow memang tak penah aku dapat di Kl tapi di ulu langat ade lah..tapi taklah secantik ini..wow terima kasih insan yg tersayang sudi bawa aku sampai kesini. tak sia2 sia heheheheh...
cantik sungguh bila aku lihat dari jauh. ciptaan allah s.w.t sungguh cantik dan indah..bermandi sakan lah aku.yg bestnya air sungai tu tak dalam..klu dalam tak mandilah aku sebab aku ni tak pandai berenang..nak tunjuk hebat aku pon ikut mereka memanjat batu batu yg licin..nampak sgt gaya aku memang tak pandai. org berjalan aku merangkak.ialah takut jatuh....jatuh kang susah aku.pengalaman seharian berada di dalam hutan bermandi manda memang menyeronokkan aku.hilang seketika masalah dan tension. keindahaan memang membuat hati aku sentiasa tenang..bila lah agaknya aku akan dtg lagi ketempat sebegini.

Thursday, June 18, 2009

Syukur Alhamdulillah


(ClassMates)

Semalam aku terima panggilan dari production yang mengatakan aku dipilih untuk musical tun Abdul Razak alhamdullilah rezeki...isnin aku akan start bengkel tapi sedihnya bengkel tu dah start lebih awal aku tak dapat nak join cos sebuk ngan urusan lain..anyway rezeki is rezeki alhamdullilah. now time to bekerja keras untuk masa depan. aku akan pastikan segalanya berjalan lancar..terlalu bnyak masa yg aku dah korbankan..hahahahahah......

Wednesday, June 17, 2009

Dipersimpangan Itu

Buntu Dan terus buntu dengan kehidupan seperti ini aku masih lagi dipersimpangan yang aku sendiri tidak tahu kemana arah sebenar...dimana sebenarnya alur yang patut aku jelajahi...antara itu dan ini..dimata aku kau tetap hebat yang pernah membuatkan aku sendiri bahagia..adakah cukup sekadar disini..keraguaan ini masih terus menghantui dan kini ia masih lagi dipersimpangan itu..terduduk dan terpaku mencari arah..kata benci dan sayang masih berlegar..sakit mencintaimu sakitlagi bila dicintai..kepalsuan masih lagi erat dalam genggaman..waktu kau melihat terpaku kaku terus membeku..bertemankan sebuah tangisan mungkin membuatkan hati ni tenang setenangnya. jagan salahkan aku kerana memilih ini sebagai keputusan. tapi aku tidak berdaya menahan serta menipu dan terus menipu. setiap yang berlaku pasti ada kehendaknya..apakah keputusan ini membuatkan aku masih lagi dipersimpangan itu..masih lagi mengharap sinar baru aku menyuluh..dipersimpangan itu aku akan terus menunggu..persinpangan itu juga kau dan aku dipertemukan... dipersimpangan itu jugalah saksi cinta sebenar. dipersimpangan itu pasti ada cinta dan kasih..

Monday, June 15, 2009

Aku ke ni...aduh!!!!!




KEYBOARD VS KIBOD

tidak perlu menjatuhkan org dengan cara yg bodoh..
be profesional...gunakan otak untuk berfikir secara terbuka..
ini tidak dalam senyap kebaikan orang lain ko jadikan kunci untuk
menutup kebodohan ko sendiri..

asam garam dalam kehidupan manusia tidak boleh melihat orang lain maju sikap irihati tu pasti ada..erghhhh ..
kalau kau ingin jadi yang terbaik..kuncinya adalah usaha dah ketekunan bukan usaha menikam dari belakang...hentikanlah sikap buruk itu..
lambat laun kau akan terkena dengan apa yg kau lakukan..
aku benci melihat manusia seperti ini...cakap berkorbar-kobar...seolah-olah
kau yang terbaik dari yg terbaik hasilnya hampeh...

jika tidak kata tidak padahal jawapannya tidak..

be profesional...always think positif..jangan anggap semua org negatif jer.

Sunday, June 14, 2009

bersederhanaan

nani & adiex

kembali mencoret dan menconteng layar putih ini.. apa lagi yang boleh dikatakan...
semalam pergi menonton satu filem karya ahmad idham..
whahahahahahahahahah...kakakakakak..hahahahahahahah..hhihihhih ade part yg
menarik dan ade part yang ( hmmm ok) itu je...sebelum tu aku gi laman santai....support

nani and AKASIA.. ok not bad..apa yg boleh kukatakan...bukan bidang aku.. aku teruja
jugak tgk rakyat malaysia yg support local artis walaupun ( yang ado) semalam aku
makan soto and nasi lemak.._wei banyaknye aku makan... tapi si yunus lagi banyak dia
makan...SATAY DAN NASI LEMAK...(mcm tu jgak badan dia) dtg lah sorg minah ni kemeja
kami walauweihhhhhh cantiknya dia....sekali pandang mcm ct dua kali pandang pecah
loban..(pondan rupanya)... hahahahahahah.....AKASIA u all still KAMPUNG girl...but tetap
entertain pengunjung... happy and happy....apa yg boleh digambarkan...penang warna
warni...hahahahah


Friday, June 12, 2009

Faizal Tahir - Bercinta-




Benarkan ku ‘tuk berbicara…
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci… Kamu
Ku cinta… Kamu

Monday, May 18, 2009

selembar kasih dan sayang

( hikayat ramayana)


Sebenih kasih sesuci cinta
itu lah ungakapan tatkala kasih disatukan bersama cinta yg suci...
kisah hidup tkkan pernah hilang dari jiwa..seringkali bermain dalam mainan hati..
ukiran permata itu cantik bila dipandang tak manis bila disentuh...
cinta dan kasih bersemi bila perasaan kembali segar dan ceria...
selembar kasih bila disatukan pasti menjadi sebentang...

sungguh indah bila melafazkan kata sayang dan cinta...
seikhlas mana kata-kata itu...???? entahlah..

matahari dan bulan tidak boleh disatukan..
yang membezakan mereka adalah siang dan malam...

seperti itu jugalah cinta dan sayang..yang membezakannya
cuma hati...
mahu atau tidak jawapannya (LU PIKIRLAH SENDIRI) heheheheh



Thursday, May 14, 2009

Semalam Dan Hari Ini


semalam dan hari ini sememangnya berbeda..adakah hari semalam akan sama seperti hari ini.tidak mungkin. sekarang masih busy dengan exam. setiap kali hadirnya exam pasti ia membuatkan aku dalam keadaan kesibukkan. kali ni aku banyak terlibat dengan lakonan. actually seronok jugak sesekali berlakon nie. terasa puas pulak. kadang-kadang tu tgk jugak dengan siapa kita berlakon so far my partner dalam lakonan tidaklah membosankan. im enjoy itulah kata hati ku.

hari ni seharian dirumah dari jam 8 pagi aku dah bangun. bila takda kelas tahu pulak mata ni nak bangun awal kan. gitulah mata nie kan!!! petang seperti biasa aku ada temujanji bersama mekmulung harus ditunaikan hahahah after that bermusical pulak bersama sherry ( I LOVE WORKING WITH HER) hahahahahahahhaha!!!!

duduk didepan meja laptop nie membuatkan aku semakin rajin untuk mengarang warkah untuk hiburan hati sendiri. dah lama aku tak menulis dah berkarat idea nie

semalam dan hari ini

lontaran suara itu kadangkala aku terpaku mendengar

suara yang biasa ku dengar setiap terbitnya matahari

dua anak mata saling berpandangan adakah suara itu

yang kau mimpikan dalam tidor mu....

terjaga dari lena terfikir sejenak..

hari ini tidaklah seperti semalam..

putaran masa mengadili segalanya...

bibit demi bibit kau madahkan

segalanya akan berubah

kerana semalam dan hari ini

pasti akan berbeda...