cuci the musicals
sedihnyaaa terlalu banyak untuk dikongsikan...i luv u all semua...
Nukilan :Adiex Nazrey
Posted by
Adiex Ezrey
at
Saturday, August 14, 2010
0
comments
Posted by
Adiex Ezrey
at
Sunday, June 06, 2010
1 comments
Posted by
Adiex Ezrey
at
Wednesday, May 19, 2010
0
comments
tempias sehati berdansa belum habis dipandang oleh masyarakat luar..tempias nya kini dah mula terasa bahangnya pasangan dira dan ash disahkan bercerai aku turut merasa simpati apa yang berlaku diantara mereka berdua aku cukup memahami karakter kedua2 pihak.dan aku sudah cukup masak dengan hal peribadi mereka walaupun pernah diceritakan pada aku apa yang berlaku sebagai menjaga nama baik mereka yang bergelar selebriti, aku perlu menjaga air muka mereka berdua apa yang boleh aku katakan mereka perlu diberi masa untuk terus menghirup udara yang dan mencari ketenangan mendamaikan keadaan. walau ditanya apa punca penceraian mereka aku tiada hak untuk disoal sebegitu. itu kepetusan mereka siapalah aku untuk campur tangan. aku mengharap ada sinar di mana mereka disatukan kembali. puteri kecil yang ingin kan kasih sayang seorg berapa sudah lenyap jauh ditinggalkan. aku sentiasa berdoa agar mereka disatukan kembali. Mengenali dira dan ash adalah satu fenomena baru untuk aku. kerenah mereka boleh buat aku ketawa dan rindu saat bersama. walaupun apa yang berlaku sudh ketentuannya aku pasrah akan keputusan yang mereka lakukan. aku bangga dengan sikap ASh yang sentiasa berani menerima pelbagai tohmahan. dira dan ash aku sentiasaka mendoakan perjalanan hidup kalian....
Posted by
Adiex Ezrey
at
Wednesday, April 21, 2010
2
comments
Karya berjudul : Piano Concerto No.2, opus 102
Koreografer : Edmund Stripe
Penari : Singapore Dance Theatre
Penulis artikel : Ezrey
Melangkah Masuk kedalam pentas 1 membuatkan jiwa semakin terpanggil untuk duduk dibarisan hadapan bagi menyaksikan persembahan daripada Singapore Dance Theatre. Berbagai persoalan bermain diminda apakah ia sehebat disangka ataupun hanya bahan hiburan untuk tatapan mata yang memandang. Pembuka tirai persembahan pada malam tersebut dimulakan dengan hasil karya yang berjudul Piano Concerto No.2, opus 102 hasil ciptaan Edmund Stripe persembahan tersebut dibahagikan kepada 3 seksyen yang berbeza strukturnya. Tirai hitam terbuka mata tertumpu pada penari yang hanya memakai kostum yang boleh dikatakan kurang menarik perhatian saya sebagai penonton pada malam tersebut, dengan hanya memakai serba hitam yang ketat tidak mampu meletakkan penari ditahap yang sepatutnya. Dengan memakai pakaian ketat boleh menampakkan keburukkan dari segi fizikal penari tersebut walaupun penari perempuan mempunyai bentuk badan yang menarik , apakah sebaliknya koreografer cuba membuat satu pembaharuan didalam karya beliau ia masih menjadi persoalan bagi saya. Didalam konteks lain saya boleh mengatakan ia Cuma pakaian harian penari didalam studio.
Dengan hanya membariskan 7 penari wanita dan 9 penari lelaki karya tersebut cukup gah dipandang dari aspek pentas yang bersaiz sederhana. Disini saya boleh mengatakan penari lelaki mempunyai kekuatan didalam setiap langkah yang diatur cukup kemas dan berkesan. Koreografer bijak setiap kali menggunakan tenaga penari. Kekuatan yang diberi mampu memukau. Pelbagai aspek negative mampu dilihat setiap kali penari keluar dengan rentak yang berbeza, didalam keseragaman gerak ia boleh dipuji penari mempunyai latihan yang cukup bersama koreografer beliau tetapi didalam segi muzik yang dialunkan apakah ia sebegitu rupa , ini kerana penari dan muzik tidak seiring pada barisan lagu yang mempunyai tempo yang laju, penari seolah berada di hadapan muzik, penari tidak menghiraukan tempo pada lagu tersebut, terkadang penari Off Bit ketika menari, sebagai penonton yang menyaksikannya ia agak mengecewakan, kerana setiap minit yang terlihat ia pasti melakukan kesilapan yang sama. Didalam aspek penataan cahaya pula, sudah keterbiasaan melihat penggunaan warna biru diatas pentas tiada aspek special lighting digunakan didalam persembahan tersebut, bagi pendapat saya ia lebih simple dan teratur diatas pentas. Didalam persembahan karya yang pertama ini tiada semiotic yang boleh dikaitkan ataupun di kenal pasti sepanjang persembahan, apa yang boleh saya nyatakan disini sewaktu persembahan saya dapat melihat keseragaman didalam memberi penghayatan seperti senyuman mahupun ekspresion wajah terlalu ketara dan jelas kelihatan dimana penari tidak mengambil aspek utama didalam persembahan, ini kerana ia menampakkan karya tersebut diletakkan terlalu remeh dengan adanya penari yang melebarkan senyuman dan ada juga yang hanya menampakkan wajah seperti dipaksa, apakah ia sebegitu rupa atau ia memang dirancang? Pendapat saya ia sungguh mengganggu pandangan saya sebagai penonton.
Walau bagaimanapun , pujian harus diberi kepada Singapore dance Theatre kerana menghasilkan penari yang sungguh berwibawa dan penuh dengan kekuatan sebagai seorang penari, mereka mempunyai teknik yang bagus , kekuatan lompatan yang stabil, setiap kali mereka melakukan gerakkan ia sungguh bersih dan kemas. Walaupun ada sesetengah gerakkan terlalu kelam kabut, bagi saya dengan adanya penari yang bagus seperti itu kecacatan didalam persembahan dapat dikawal semula. Sebagaimana yang diketahui persembahan pertama ini telah dibahagikan kepada 3 section didalam karya yang sama.
Apabila melihat section yang kedua hati semakin tidak sabar untuk melihat apa yang berlaku seterusnya. Selepas tirai dibuka mata terus tertumpu kepada 2 penari yang melakukan duet, ia bagai memukau mata saya untuk memandang, setiap inci dan ruang dapat dipenuhi dengan begitu teratur.
Kali ini saya dapat melihat begitu romantiknya duet yang dilakukan, dari aspek emosi yang diluahkan yang begitu berkesan bagi saya pengaliran dalam setiap ruang jelas menampakkkan sebuah penceritaan didalam persembahan tersebut. Tiada gangguan bunyi sewaktu persembahan, penari dapat melakukan dengan kemas dan teratur. Tambahan pula diiringi dengan muzik piano yang begitu mengaksikkan penari dapat memainkan peranan dengan kegagahan bagaikan seorang raja dan puteri. Walaupun costume serba hitam tersebut masih dikekalkan ia sama sekali tidak mengganggu pandangan mata yang tertumpu pada 2 penari yang sungguh rancak bergerak berbanding dengan persembahan pembukaan tadi, ia memberi saya satu impak mahupun satu persepsi yang berlainan. Berlainan dengan apa yang dibawa didalam seksyen kedua dan ketiga. Keupayaan penari solo Singapore Dance Theatre mempunyai keupayaan lompatan yang tinggi dan stabil penggunaan kekuatan tenaga yang diluahkan begitu sampai kepada penonton, didalam karya tersebut juga mempunyai dinamik lagu yang berbeza, setiap inci gerak yang dilakukan begitu bersesuaian dengan lagu yang dihasilkan. Sebagaimana yang diketahui saya tidak meletakkan persembahan malam tadi sebagai persembahan yang bagus dan terbaik, terlalu banyak aspek yang luar dari jangkaan saya. Melihat dari sudut teknik sememangnya tidak dinafikan ia mempunyai kredibiliti yang bagus, tetapi dari aspek luaran ia tidak cukup untuk diangkat sebagai persembahan yang terbaik. Melihat dari sebuah kacamata yang berbeza persembahan ballet ini harus mempunyai satu eksplorasi yang lebih.pada malam tersebut saya tidak dapat melihatnya, seperti yang saya tonton persembahan ballet yang lain ia sama tiada perbezaan.
Posted by
Adiex Ezrey
at
Tuesday, April 20, 2010
0
comments
Posted by
Adiex Ezrey
at
Sunday, April 11, 2010
0
comments
mencoret sebuah madah bagai persis sebuah hati yang sedang berbunga..kata hati cuba mencoret sebuah kata dan ungkapan. menjadi teman kata pembaca yg tegar merungkai segala tomahan.aku masih lagi bernafas pantas berlari mengejar sebuah harapan dan fantasi. tidak sanggup hidup seperti bangkai kata dia. usah dipandang manusia yang kerdil itu seperti kau memandang semut yang bisa kau pijak. apakah masih ada ruang untuk aku memeluk kedua belah tangan. tatkala kaki melangkah berteman airmata yang bisa buat aku kembali hidup seperti dahulu. kini hanya jemari tangkas bagaikan senjata
Posted by
Adiex Ezrey
at
Wednesday, February 10, 2010
0
comments
Sang pemimpi adalah novel kedua dari hasil karya Andrea Hirata. Bercerita tentang perjuangan meraih mimpi, persahabatan dan cinta. Ikal, Arai dan Jimbron saat memasuki alam remaja. Seperti biasa, komedi akan menjadi senjata Andrea untuk mempermainkan emosi pembaca. Penuh kejutan, bahkan setiap perenggan Dari setiap perenggan itu juga tersebut boleh membuatkan kita dibuai dnegan sebuah mimpi Tidak bermaksud melebih-lebihkan atau merumuskan itulaah mimpi, saat kita merasa sebuah pengalaman cerita hanyalah pelengkap agar ia lebih berkesan di mata pembaca
Tapi ternyata di setiap halaman lain kita menemukan rangakaian penyatunya. Mengumpulkan keping mozek, begitulah bahasa si penulis dalam menganalisanya. Dari segi ideologinya, memang jargon yang kita temui di muka buku. Sebuah novel pembangkit jiwa. Mimpi aku dengan mimpi Katakanlah panduan menjadi kaya misalnya. Tapi kedalaman maksud dari kata tersebut akan kita temukan di sepanjang cerita, dari awal sampai akhir. Ikal, seorang yang tidak terlalu menonjol. Mengalami pemikiran umum seorang remaja, sebelum benar-benar menjadi dewasa. Arai, seorang yatim piatu yang harus memainkan peran sebagai pelindung. Tidak pernah berhenti membuat kejutan. Jimbron si peminat kuda. Bercita-cita mendedikasikan hidup untuk kuda, hanya pada kuda!!!
Di buku ini jugalah, akhirnya para tokoh utama (arai dan ikal), akhirnya meninggalkan
dari indonesia berhijrah nak menakluki benua setiap pelosok...Mimpi seorang remaja...
Posted by
Adiex Ezrey
at
Friday, January 29, 2010
0
comments
Make your own Countdown Clocks